Monday, 30 April 2012

Emas 10 Kali Keberkesanan Kolagen!

Emas (Sanskrit jval, Yunani χρυσος disebut chrysos, Latin aurum, Inggeris Kuno gold) telah diketahui sebagai sangat berharga sejak zaman prasejarah lagi. Hieroglif Mesir (2600 SM) turut menyebut logam dan emas. Emas, dalam sejarah perkembangan sistem ekonomi dunia, sudah dikenali sejak 40 ribu tahun sebelum Masehi. Hal itu ditandai dengan penemuan emas di dalam bentuk kepingan di Sepanyol, dipercayai digunakan oleh paleiothic man. Dalam sejarah lain disebutkan bahawa emas ditemukan oleh masyarakat Mesir Kuno (circa) 3000 tahun sebelum Masehi. Sebagai mata wang pula, emas dipercayai mulai digunakan pada zaman Raja Lydia (Turki) sejak 700 tahun sebelum Masehi.
   
Lahirnya Islam sebagai sebuah peradaban dunia yang dibawa dan disebarkan Rasulullah Muhammad S.A.W. telah memberikan perubahan yang cukup signifikan terhadap penggunaan emas sebagai mata wang (dinar) yang digunakan dalam aktiviti ekonomi dan perdagangan.
Penjelajahan orang Eropah (pada zaman penjelajahan Eropah) ke benua Amerika digalakkan oleh pelbagai berita yang menyatakan bahawa bahan hiasan emas digunakan secara berleluasa di kalangan orang asli Amerika, terutamanya di Amerika Tengah, Peru, dan Colombia. Emas telah lama dianggap sebagai logam yang paling berharga. Nilainya telah digunakan sebagai piawai untuk banyak mata wang dalam sejarah juga sebagai simbol ketulenan, nilai tinggi, kedaulatan, dan lebih-lebih lagi peranan yang mengaitkan sifat-sifat tersebut.
Seperti logam-logam bernilai yang lain, emas dinilai dengan berat troy dan apabila ia dialoi dengan logam yang lain perkataan karat digunakan untuk menunjukkan kuantiti emas yang hadir. 24 karat adalah emas tulen.
Antara Rahsia & Magis Kehebatanya
Tahukah anda, emas adalah wang, duit dan harta dari zaman manusia mula menemui emas. Di samping dirujuk sebagai simbol kemewahan dan kekayaan individu.
Ia merupakan salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum). Selain dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala emas juga digunakan di dalam pelbagai kaedah perubatan dan komestik Memandangkan sifat fizikal emas yang berkilat, lembut dan padat itu memberi banyak khasiat di dalam dunia kecantikan. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun di dalam air (tidak berkarat) juga merupakan unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain dan pada kebiasaannya tidak begitu toksik. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
Khasiat & Manfaat Emas Dalam Kecantikan dan Kesihatan
Merangsang Sistem Imun dan Membantu Mencegah Kanser
Kajian yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik dari Indian Institute of Technology Roorkee, India  menunjukkan, nanopartikel emas merupakan nanopartikel yang paling sering digunakan untuk diagnostik dan sebagai ubat. Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat).
Sifat-sifat kimia yang unik dari emas koloid membuatnya menjadi target yang menjanjikan kaedah dalam perawatan sel-sel spesifik gen. Emas dan komposit nanopartikel silika telah diteliti sebagai nanobullets untuk kanser. Para peneliti juga menggunakan nanopartikel magnetik untuk merawat kanser. Penggunaan nanopartikel magnetik dalam biologi sel pertama kali diusulkan pada awal 1990-an dan telah digunakan untuk membuat pemisahan sel atau molekul seperti protein, peptida dan DNA menjadi jauh lebih mudah.
Dalam perubatan, penggunaan pertama nanopartikel ditemukan dalam diagnosis tumor di hati dan limpa menggunakan tomografi resonansi magnetik. Dalam terapi kanser, kesulitan utama adalah untuk menghancurkan sel tumor tanpa merosakan jaringan normal. Radioterapi berupaya untuk fokus radiasi pada tumor, tetapi tidak dapat melindungi kerosakan jaringan sel yang sihat dalam cara yang diinginkan. Justeru, nanopartikel magnetik berfungsi dalam perawatan kanser yang mampu menghindari efek samping dari kemoterapi konvensional. Penggunaan nanopartikel sebagai perawatan anti kanser memiliki potensi besar untuk merevolusi terapi kanser di masa hadapan.
Mencegah Kedutan, Kenduran Kulit & Menjadikan Awet Muda
Kerutan pada kulit dapat diatasi dengan emas. Perawatan ini akan mengembalikan kulit yang lebih elastik dan anjal sehingga anda terlihat awet muda sama ada secara luaran mahupun dalaman. Emas berfungsi memperbaiki kerosakan sel dan mengaktifkan sel serat induk sehingga kulit terlihat lebih anjal, tegang dan awet muda.
Juga membantu pengguna mengurangkan tanda penuaan, mencerah, mengurangkan pigmentasi keterlaluan serta dikatakan memiliki 10 kali keberkesanan kolagen. Pelembab yang terdapat di ion emasnya membuat kulit lebih anjal dan memberi perlindungan terhadap radikal bebas.
Melancarkan Aliran Darah
Kulit bersifat telus dan mengandung air. Penggunaan emas dapat memberikan kontraksi dan memacu pengedaran darah menjadi lebih baik. Aliran darah yang baik akan memberikan efek kulit yang sihat sehingga kulit yang pucat dan berkerut akan dapat diatasi.
Perawatan dengan menggunakan emas, menjadikan kulit terasa sejuk, nyaman dan dingin. Tidak hanya terasa di permukaan kulit, tapi juga dari dalam kulit sehingga masalah kantung mata hitam boleh diatasi.
Merangsang Pembaharuan Tisu Kulit
Emas mampu memberikan stimulasi terhadap aktiviti pembaharuan sel. Ia merangsang pembaharuan tisu untuk merawat masalah kulit seperti masalah jerawat, jeragat, kulit kusam dan tidak bermaya. Emas juga sangat efektif untuk memperbarui tisu kulit. Toksin di dalam kulit akibat debu atau penyebab lain boleh diangkat oleh emas 24 karat itu di samping bersifat antialergi.

Membangkit Aura & Memberi Perlindungan dari Sinaran Matahari.
Emas mampu membuka aura dan meregenerasi kulit di mana kulit wajah akan menyerap khasiatnya. Perawatan menggunakan emas sudah pun diamalkan sejak beribu tahun lalu. Cleopatra pada zaman itu dikatakan gemar menabur campuran serbuk emas pada wajah dan badannya bagi menghasilkan kulit cerah bersinar. Penggunaan emas dalam bidang kosmetik dikatakan mampu mencantik dan membersihkan kulit supaya lebih bercahaya. Ia berfungsi sebagai pelindung kulit dan sesuai untuk mereka yang sentiasa terdedah di bawah sinaran cahaya matahari.