Wednesday, 2 May 2012

Facial Hablur Emas vs Susuk

Mungkin ramai di kalangan kita tidak menyedari bahawa susuk dan perawatan facial hablur emas sebenarnya berbeza. Walaupun motifnya untuk kecantikan tetapi metodologinya berbeza. Apa perbezaannya?


Dalam perubatan tradisional Melayu, Susuk merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.

Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya. Malah, ia dikatakan mempunyai campur tangan ilmu hitam, mantera dan sihir.

Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui sinar-X. Salah seorang pemakai susuk dikatakan Daisy Fajarina, ibu kepada Manohara Odelia Manz yang dikatakan mengenakan susuk berlian dan emas pada bahagian dagu. Suaminya, George Manz berkata:[1]

.. "Pernah ketika kami bersama, saya membawa Daisy ke doktor gigi yang terkejut apabila dia melihat X-raynya. Dia memiliki jarum emas kecil dan intan terbenam pada dagunya."
.. "Once when we were together, I took Daisy to a dentist who was shocked when he saw her X-ray. She had small gold needles and diamond stones embedded inside her chin."

Tidak seperti susuk, perawatan hablur emas tidak tergantung kepada sebarang pantang-larang, bacaan mantera, ilmu hitam dan juga sihir.Ianya merupakan terapi kecantikan wajah secara moden, yakni merupakan metode pembersihan kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang telah diubah menjadi kepingan topeng, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun efek samping lainnya.
Perawatan emas tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. Jika melakukan facial dengan serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah. Peeling dengan menggunakan serbuk emas juga berupaya mengangkat sel kulit mati. wajah yang pakaikan topeng emas ini akan diberi wap air lebih kurang selama sepuluh minit untuk membuka pori-pori kulit sehingga terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun


No comments:

Post a Comment